SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitu lah gambaran nasib Lyxrendi Alexsius, 31, yang telah kehilangan ayah tersayang beberapa tahun yang lalu dan kini menghidap penyakit kencing manis dan gout kronik.
Ayah kepada tiga orang anak ini juga tidak mempunyai sebarang pekerajaan dan kini menumpang di rumah ibunya yang juga seorang ibu tunggal di Kg. Soupi Nabawan, dan hanya bergantung kepada ihsan setempat untuk meneruskan hidup.
“Keadaan mereka sekeluarga sangat susah dan memerlukan bantuan,” Kata Iparnya Yabiah Sumuil.
Sebelum ini Lyxendi dirawat di KPJ Sabah Specialist Hospital tetapi dipindahkan ke Hopital Queen Elizabeth (HQE) 2 disebabkan tidak mampu untuk menjelaskan kos perubatan yang tinggi.
“Dia (Lyxrendi) masih berhutang dengan KPJ sebanyak RM4,500,” Tambah Yabiah, dan memberitahu Lyxrendi hanya mampu tidur berbaring pada sepanjang masa kerana seluruh anggota badannya tidak boleh digerakkan.
Yabiah menempuh perjalanan yang sangat jauh dari Nabawan ke bandar Keningau untuk berkongsi nasib iparnya (Lyxrendi) kepada The Borneo Digest yang membawa kepada penubuhan tabung simpati kepada beliau.
Orang ramai khususnya pemimpin setempat boleh menghubungi JURIAH SUMUIL melalui talian telefon – 0134845438.- Oleh: EKOK AMIN.