Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dari Meja Editor-in-Chief

0

DIASASKAN pada tahun 2011 dalam bentuk blog, BORNEO DIGEST melangkah setapak ke alam global dengan penampilan wajah baru. Kini ia dikenali akhbar atas talian yang beroperasi tanpa henti untuk menyajikan pelbagai peristiwa untuk bacaan seluruh komuniti dunia.

Ia bukan sesuatu yang baru pada ketika berjuta-juta akhbar atas talian beroperasi di seluruh pelusuk dunia, tetapi ia merupakan paradigm shift bagi sarjana-sarjana bangsa Dusun yang memikirkan waktu yang tepat  untuk memperkenalkan bangsa itu di persada global.

Hampir pasti tidak ada yang mengenali bangsa ini di negara-negara barat, kerana ia hanya lah sekelumit bangsa yang boleh dikira, dan kerana sebab itu Borneo Digest mengendong bangsa itu sebagai sebuah prodak untuk diketengahkan di seluruh pelusuk dunia.

Pencapaian bangsa itu dalam akademik, kemampuan mereka untuk bersaing dipentas global, budaya mereka yang belum dimamah ekologi, bahasa mereka yang unik dan keberadaan bangsa ini dalam komuniti dunia perlu dikenali, difahami dan diketahui oleh semua orang.

Anda perlu tahu bahawa bangsa Dusun adalah bangsa yang bertamaddun, namun anda mungkin tidak terfikir bahawa di dunia ini wujud bangsa yang seumpama itu. Lantaran kerana itu, Borneo Digest berperanan sebagai engine yang akan menjana potensi bangsa itu dalam pelbagai kaedah untuk membina Dusun sebagai bangsa yang boleh duduk sama rendah, dan mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa yang maju di dunia.

Bangsa dusun menghidu, mencari dan menulis berita, rencana, mengambil gambar, mendokumentasi peristiwa yang mungkin tidak dikhabarkan kepada anda – ini adalah antara missi kami, dan terserah kepada pembaca untuk menilai.

Terima kasih kepada Team Borneo Digest, khususnya kepada graduan dan sarjana bangsa Dusun, kerana begitu setia dan komited dengan tugasan masing-masing untuk menjadikan akhbar ini menjadi realiti dan sejarah.

Bukan mudah untuk membina sebuah laman web kerana ia melibatkan kepakaran dalam sains komputer, komitmen yang tinggi dan keberanian yang tinggi; sebab itu kami berpegang kepada falsafah – berani membangun, berani menghadapi cabaran, berani menghadapi risiko dan sentiasa berfikir sesuatu yang baru.

Kami mungkin tidak mendapat apa-apa keuntungan daripada titik peluh ini, namun usaha ini merupakan kunci kepada generasi yang akan datang untuk mencapai sesuatu yang lebih jauh, atau sekurang-kurangnya dunia mengenali Dusun sebagai bangsa yang bertamadun.

Selain berfungsi sebagai akhbar atas talian, Borneo Digest menyediakan ruangan yang mempersembahkan pelbagai aktiviti bangsa itu, meliputi budaya, resepi serta rencana-rencana pengembangan bangsa Dusun  untuk dikongsi oleh masyarakat global. Borneo Digest bersifat berkecuali, jauh sekali dipegaruhi politik tetapi penerbitannya berpegang teguh kepada dasar kebebasan bersuara terpimpin sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Kami membantu kerajaan untuk menyalurkan dasar-dasar yang memberi menafaat kepada bangsa Dusun untuk terus maju di peringkat global.

 

FOUNDED in 2011 as a blog, Borneo Digest has stepped forward to globalization with new facade. Today, it is known as online news, features the latest broadcast of the community to the world.

It may be a small entrance for the Dusuns amidst mammoth of online news available, yet a gallant effort by the scholars to bring forward the community as a paradigm shift that they need to be seen by the world.

Known only by a minute number of world’s citizen and most probably unfamiliar by the westerns, the Borneo Digest wishes to grasp the attention of the earthlings near and afar.

The world needs to see what the community has achieved academically, their potentials to offer the globe, the well-preserved cultures despite vast development, the uniqueness of the language and its whereabouts.

Misleading information may have clouded the mere existent of the community; we are nevertheless very much civilized as par as others. Hence Borneo Digest takes the lead as an apparatus to fuel up the innate potentials of the Dusuns.

We sniff, we search, and we write about news, articles, take pictures, documenting events that are concealed from your knowledge. It is our missions to uncover the truth—yet the beauty is in the eyes of the beholders.

Million thanks to the Borneo Digest Team, especially to the scholars and graduates for the loyalty and commitment to the assigned task to make this news a reality and history. It is pretty challenging to create a web as it involves many expertises in computer science, with highly commitment and courage. That is why we stick to the philosophy; dare to face the challenge, dare to face the risks and continuously innovative.

It is of no guarantee for extra money in doing this effort; somehow this is a major step to encourage the future generations to gain more achievements and success, and let the world discover that the Dusuns are a civilized community.

Apart from operating as online news, Borneo Digest also provides rooms to present the diversity of the Dusuns, ranging from unique cultures, scrumptious recipes as well as the development plans for the community that have yet presented to the whole world. Note that Borneo Digest is neutral and much less influenced by any political views. On the other hand, the publication adheres to the policy of freedom of expression as laid down by the government. We are just a matter of helping the government to deliver policies that is beneficial to the people to move forward on a global level.

 421 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.