
KENINGAU (Sabah, Malaysia) — Perokok di daerah ini diingatkan supaya tidak membuang puntung rokok, kerana perbuatan itu boleh mencetuskan kebakaran.
“Anda berhadapan dengan tindakan jika dikesan terlibat melakukan perbuatan tidak beretika itu,” – Mudi Pangiran memberitahu wartawan ketika dihubungi pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau itu berkata, perangai segelintir penduduk yang membuang puntungan rokok dengan sewenang-wenangnya diantara punca kebakaran lalang serta hutan belukar di daerah ini.
Katanya ekoran daripada kebakaran itu banyak kemusnahan harta benda awam.
Warga petani juga adalah dinasihatkan agar mengambil langkah bijak sebelum melakukan pembakaran, atau sebaiknya memaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum bertindak.
“Pastikan persekitaran selamat” katanya dan memberitahu kawasan terjejas kebakaran di daerah ini ialah daerah kecil Sook yang menyaksikan banyak ladang sawit, getah serta hutan belukar terbakar yang disyaki berpunca daripada perbuatan khianat.

Kebakaran yang berlaku di daerah ini dikenalpasti diantara penyumbang jerebu.
“Ia kelihatan serius, namun keadaan terkawal,” katanya dan meminta pihak berkuasa kampung di daerah ini khususnya Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung memberi kerjasama penuh kepada jabatannya untuk menasihatkan rakyat di bawah jagaan agar tidak dengan sewenang-wenangnya melakukan pembakaran terbuka.
912 total views, 2 views today