Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Ngeri! bapa bunuh anak kerana marahkan isteri

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia) – Ngeri! seorang ayah tergamak menikam anak kandungnya sehingga mati gara-gara kerana berang dengan isteri yang meminta duit gaji untuk tujuan membeli keperluan dapur.

Ketua Polis Keningau DSP Douglas menunjukkan pisau yang digunakan suspek untuk membunuh anaknya sendiri
Ketua Polis Keningau DSP Douglas menunjukkan pisau yang digunakan suspek untuk membunuh anaknya sendiri

Katua polis Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong memberitahu, mangsa yang korban dikenali sebagai Rojas Jonvin, 8, berketurunan Tagalog Filipina.

“Mangsa mati di tempat kejadian,” katanya kepada pengamal media di sini lewat hujung minggu lalu (18 Feb 2016).

Balai Polis Nabawan menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 2.25 pagi pada Khamis, yang memaklumkan berlaku pergaduhan di sebuah rumah beralamat di kilometer 75, Jalan Keningau – Nabawan berdekatan dengan Kg. Malampoi Nabawan, yang membawa kepada sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Keningau ke tempat kejadian.

Polis berjaya menangkap seorang suspek berumur 39 tahun kira-kira jam 5.00 Pagi pada hari yang sama.

Dua bilah pisau berwarna merah yang digunakan untuk menikam mangsa turut ditemui di tempat kejadian.

Menurut fakta kes, suspek yang dalam situasi marah dengan isteri telah mengejutkan anaknya (mangsa) yang sedang tidur, kemudian mengambil pisau berwarna merah dan sejerus selepas itu melakukan beberapa tikaman kepada mangsa.

Dikatakan pergelutan berlaku selepas kejadian itu yang menyaksikan isteri turut ditikam, dan melarikan diri untuk menyelamatkan diri untuk mendapatkan bantuan daripada jiran berdekatan.

Siasatan polis mendapati mangsa yang maut merupakan anak kandung suspek daripada perkahwinan terdahulu, sementara isteri yang turut cedera dalam pergelutan itu merupakan isteri kedua suspek yang beliau kahwini sejak dua tahun yang lalu.

Hasil bedah siasat mendapati terdapat satu luka hirisan bahagian kiri leher mangsa menyebabkan kecederaan otot dan saluran utama darah.

Katanya, terdapat juga satu kesan luka tikaman pada bahagian kiri dada yang mencederakan tulang rusuk, organ ‘spleen’ dan buah pinggang sebelah kiri.

Akibat kecederaan tersebut katanya, berlaku pendarahan di sekeliling buah pinggang sebelah kiri dan selain itu terdapat satu luka tikaman pada belakang dada sebelah kiri yang menembusi tulang belakang dari kiri ke kanan dan mencederakan buah pinggang kanan dan kelenjar adrenal mangsa.

Mangsa juga mengalami pendarahan di sekeliling buah pinggang dan menurut – Dr. Jessie Hiu yang menjalankan bedah siasat, punca sebenar kematian mangsa  disebabkan luka hirisan dileher dan kedua-dua tikaman didada sebelah kiri.

Sementara itu isteri suspek Edwena Doca 49, keturunan Tagalog Filipina telah dirujuk ke bahagian kecemasan hospital  Keningau dan mengalami kesan luka dipercayai ditikam di bahagian perut sebelah kanan sepanjang 2 CM dan terdapat kesan calar dipercayai terkena pisau dibahagian hadapan perut sebelah kanan, mendapat rawatan selama satu malam.

Memandangkan isteri suspek  ditahan dibawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Immigresen 1959/63, kerana memiliki dokumen perjalanan yang telah luput.

Suspek yang positif dadah jenis methamphatamine dan amphatamine  telah direman selama tujuh hari bermula 18 – 24 Februari dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan  yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Polis yakin suspek dalam dipengaruhi dadah semasa melakukan kejadian itu.

 

 356 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.