Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

417 benefisiari geran komunal Inarad Kawayoi tuntut dividen sawit

0

TONGOD (Sabah, Malaysia) – Sekumpulan 417 pemegang hak (benefisiari) Geran Komunal di Kampung Inarad Kawayoi Tongod menuntut bayaran dividen daripada pemaju perladangan sawit.

Blok peringkat lima yang belum siap ditanam.

Wakil penduduk, Lamik Burung memberitahu seluas 6,000 ekar tanah milik pendudukyang terkandung dalam geran komunal FR254000041 dibangunkan untuk penanaman kelap sawit sejak tahun 2013 dan sehingga kini mereka belum diberikan dividen sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian kedua belah pihak.

Lamik memberitahu berdasarkan perjanjian pemegang hak sepatutnya menerima dividen iaitu selepas lima tahun kemudian.

“Tetapi sehingga kini pemaju belum membuat pembayaran,” katanya dan menambah pemaju perlu memtuhi terma perjanjian yang diperakui kedua belah pihak pada sebelum ini.

Perjanjian perakuan pembangunan ditandatanganipada 1 Julai 2013 yang menyaksikan kedua belah pihak bersetuju mematuhi segala terma yang telah diputuskan bersama.

Sungguh begitu tambah Lamik, pemaju nampaknya telah tidak mematuhi perjanjian selain penduduk turut dikejutkan dengan urusniaga pemaju pertama kepada pihak kedua menyaksikan mereka (penduduk) hanya menerima salinan perjanjian pada 26 Ogos 2019 yang lalu.

“Kami muskil kerana pertukaran pengurusan hanya dimaklumkan pada tahun 2016,” tambahnya dan mendesak supaya satu perjanjian baharu perlu dibuat diantara mereka (Pemegang hak dengan pemaju baharu ladang).

Lamik berkata, perjanjian baharu sangat penting bagi membolehkan kedua-dua pihak mendapat menafaat bersama berdasarkan terma yang dipersetujui.

Beliau turut mendesak kepada pengurusan kedua ladang itu supaya membayar dividen kepada penduduk memandangkan syarikat itu telah meraih hasil ladang itu.

“Jika tidak, kami memohon kepada pengurusan baharu ladang itu agar menghentikan operasi,” jelasnya, dan meminta jabatan serta agensi kerajaan yang berkaitan supaya turun padang bagi membantu menyelesaikan  kemelut yang sedang menghimpit penduduk di kampung itu.

Lamik turut meminta pengurusan baharu ladang itu supaya menyiapkan kawasan (blok) peringat Empat dan lima kawasan itu yang masih tertangguh.

 

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.