Tular wabak coronavirus palsu terbitkan suasana cemas dikalangan masyarakat — Rasinin
Wabak Novel Coronavirus
KENINGAU Sabah, Malaysia) – Perkongsian maklumat tidak sahih mengeni wabak coronavirus boleh menerbitkan suasana cemas dikalangan masyarakat, kata Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Rasinin Koutis.
Bercakap kepada Wartawan ketika ditemui selepas menghadiri program pengagihan leaflet Wabak Nobel Coronavirus di Tamu Khamis Keningau di sini, Rasinin berkata, pelayar media perlu bijak untuk memastikan setiap maklumat yang tular benar-benar sahih.
“Sebaiknya maklumat-maklumat itu (wabak coronavirus) perlu dirujuk terlebih dahulu kepada pihak berwajib khususnya Jabatan Kesihatan ,” katanya.
Berita berserta imej mangsa wabak coronavirus rancak ditularkan melalui pelbagai medium media sosial sejak ia dilaporkan dikesan di Wuhan China, menyaksikan berlaku ubahsuai fakta yang mengambarkan ia seolah-olah berlaku di Malaysia, apa yang Rasinin sifatkan perbuatan tidak beretika dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Untuk makluman bahawa dalam mesyuarat melibatkan Jabatan Kesihatan baru-baru ini, saya diberitahu bahawa belum ada kes wabak itu di Sabah,” katanya.
Pegagihan leaflet anjuran Jabatan Penerangan Keningau itu bertujuan sebagai langkahkesiapsiagaan dan respond bagi mengelak penularan novel coronavirus dikalangan masyarakat di daerah pedalaman Sabah.
Bersama dalam program itu ialah ketua-ketua masyarakat setempat serta pegawai-pegawai kanan jabatan persekutauan dan negeri.
Rasinin bagaimanapun meningatkan masyarakat di daerah itu supaya sentiasa berwaspada dan sentiasa mematuhi arahan serta kaedah pencegahan yang disyorkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan itu turut menasihatkan masyaraakat di situ agar proaktif mengenai program imunisasi polio yang sedang berjalan sejak seminggu di daerah itu.
Katanya, pemberi vaksin polio sangat penting kepada semua kanak-kanak yang berumur dibawah lima tahun dan ia diberikan secara percuma.
“Saya mahu semua rakyat di kawasan Liawan proaktif terhadap program ini,” katanya.