Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tamu, pasar awam dan pasar malam Keningau dibenarkan beroperasi

0

eksklusif

KESEMUA aktiviti tamu, pasar malam dan pasar awam di Keningau dibenarkan beroperasi secara berperingkat, jelas Pegawai Daerah Keningau Walter Kenson.

“Kebenaran beroperasi dibuat berdasarkan pengumuman Pelan Pemulihan Negara – SOP Fasa 3 bertarikh 18 Oktober 2021 yang lalu,” katanya kepada The Borneo Digest di Keningau lewat petang pada Khamis.

Walter memberitahu, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Keningau telah mengkaji dan meneliti kebenaran itu dan membenarkan tamu, pasar tani dan pasar malam beroperasi seperti sedia kala.

Kecuali Pasar Malam Keningau yang dibenarkan beroperasi bermula pada Rabu, Tamu Keningau hanya dibenarkan beroperasi pada 28 Oktober 2021.

“Tamu Apin-Apin beroperasi pada 30 Oktober 2021 dan Tamu Bingkor pada 1 November 2021,” jelasnya.

Di Pekan Kecil Sook,   kebenaran bagi tamu di situ mesih dalam kajian dan penelitian.

“Ini disebabkan lokasi kawasan tamu itu  terbuka .. banyak laluan masuk, justeru MDK memerlukan persediaan rapi sebelum kebenaran beroperasi dibuat,” katanya.

Walter berkata, hanya 50 peratus sahaja daripada lot tamu dan pasar malam di seluruh daerah dibuka bagi tujuan pematuhan  Standrad Operating Procedure (SOP).

Jelasnya, jarak antara lot adalah 2 meter dengan laluan sehala menggunakan pintu masuk dan keluar berasingan bagi mengelak pertembungan pengunjung.

“Pengunjung diwajibkan melalui imbasan (scan) aplikasi mysejahtera selain kad vaksin yang membuktikan lengkap menerima dos itu.

“Pengunjung perlu menunjukkan status berisiko rendah melalui aplikasi maysejahtera,”.

“Anak-anak bawah 12 tahu tidak digalakkan ke tamu atau pasar malam,”.

“Kita kawal dan hadkan kehadiran pengunjung dengan memberikan kad nombor di pintu masuk,” katanya.

Pegawai Daerah itu menasihatkan pengunjung supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan kawasan tumpuan itu (Tamu dan Pasar Malam) berpotensi sebagai punca penularan Covid-19.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya hanya berkunjung ke Tamu atau Pasar Malam ketika benar-benar perlu.

Mengenai Kad Vaksin, Walter menjelaskan dokumen itu sangat penting selepas myKad (Kad Pengenalan).

“Kad Vaksin merupakan dokumen penting bagi individu yang tidak berdaftar mysejahtera menunjukkan mereka lengkap menerima dos lengkap .. ia berkuatkuasa pada 1 November 2021,” katanya.

Walter menasihatkan individu yang kehilangan dokumen itu supaya mendapatkan gantian di Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK).

Mengulas lanjut, Walter memberitahu program besar-besaran kerajaan bersama warga Keningau untuk memerangi Covid-19 satu penyelesaian yang sangat berkesan.

“Kes Covid-19 di daerah ini (Keningau) semakin menurun,” katanya.

Beliau mahu penduduk di daerah itu supaya sentiasa memperkasakan kerjasama itu dan sentiasa membudayakan pematuhan  Standrad Operating Procedure (SOP) dan penjarakan fizikal dikhalayak awam.

Warga Keningau dalam satu kajian akademik baru-baru ini mendapat kepujian dan tersenerai antara penduduk yang sangat patuh dengan pematuhan Standrad Operating Procedure (SOP).

“Tahniah warga Keningau,” ucap Walter. – Oleh DG HENRY

 

 2,013 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.