PERSATUAN Bolasepak Veteran Angktan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Keningau kehilangan seorang watak penting selepas pemain pertahanan pasukan itu, Gapit Anjor, 39 meninggal dunia.
Persatuan itu dalam satu kenyataan memberitahu, mandiang menghembuskan nafas terakhir pada Rabu lalu disebabkan penyakit Leptospirosis atau kencing tikus.
“Persatuan ini kehilangan seorang wira yang sangat disegani,”.
“Mandiang seorang pemain pertahanan yang cukup kental, berintegeriti tinggi dan berdisplin sama ada ketika beraksi di padang atau di luar padang .. dia seorang perancang strategi bolasepak yang sangat bijak dan kreatif,” jelas pengurus persatuan itu Julian Salim kepada The Borneo Digest.
Sepanjang mewakili persatuan itu dalam sukan bolasepak, mandiang berjaya meletakkan pasukan itu sebagai sebahagian pasukan yang disegani di daerah Pedalaman Sabah.
“Johan Piala Hasnol, johan Sembilan sebelah bolasepak Menawo, suku akhir Sembilan sebelah bolasepak Ambual dan suku akhir kejohanan bolasepak Sembilan sebelah Panagatan,”.
“Pemergiannya satu kehilangan besar kepada persatuan ini,” kata Julian dan menambah seluruh ahli PVATM berdukacita dengan pemergian mandiang.
Ketika menyantuni keluarga mandiang d Kampung Tuntumulud, Bingkor (Sabah), Julian berkongsi kesedihan dengan anggota keluarga yang ditinggalkan sambil meminta mereka redha dengan ketentuan Tuhan. – Oleh: EKOK AMIN
1,280 total views, 1 views today