Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

50 rumah hangus, 200 keluarga hilang tempat tinggal di Kg. Titingan

0

50 buah rumah atas air musnah dan sekurang-kurangnya 200 keluarga kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, pagi pada Isnin.

Ketua Zon Jambatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau memberitahu dalam atu kenyataan, Kebakaran itu membabitkan rumah yang terletak di Blok 9, 10 dan 11.

Kejadian pada jam 9 pagi itu dipercayai bermula di sebuah rumah sebelum merebak ke rumah bersebelahan berikutan struktur binaannya daripada papan selain kedudukannya rapat.

Penguasa Kanan Bomba II, Sukur Hatta, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.33 pagi dan menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi.

Katanya, pasukan bomba yang tiba lima minit kemudian mendapati api marak di beberapa rumah.

“Bomba sukar memadam kebakaran berikutan struktur rumah papan terlalu rapat, kedudukan pili bomba agak jauh selain terpaksa menggunakan sumber air terbuka untuk memadam.

“Tindakan pantas anggota kami yang turut dibantu penduduk kampung berjaya mengawal api daripada terus merebak dan kebakaran dikawal pada jam 10.55 pagi,” katanya.

Tiada ada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan sementara punca dan anggaran kerugian dalam siasatan.

 

 

 416 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.