Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Patuhi SOP Dengan Ketat – Yazmie

0

MASYARAKAT di daerah ini diingatkan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat berikutan wujudnya Kluster Jambatan Liawan di daerah ini.

Naib Ketua Armada Bahagian Keningau, Mohd Yazmie Bin Yazid berkata, kawalan kendiri secara ketat ini adalah sangat penting bagi mengelakkan penularan pandemik secara berleluasa di daerah ini.

“Kita perlu bantu barisan hadapan untuk mengentikan penularan pandemik khususnya daripada kluster Jambatan Liawan ini, kita berikan masa kepada barisan hadapan untuk menjejaki semua kontak rapat dan seterusnya menjalani kuarantin.

“Akan tetapi jika masyarakat tidak mengawal diri untuk berdiam di rumah ianya menyukarkan lagi tugasan barisan hadapan untuk menjejaki kontak rapat kerana akan berlaku lebih ramai lagi kontak rapat daripada kluster ini.

“Oleh itu, kami berharap masyarakat dapat mengurangkan aktiviti luar kecuali mempunyai urusan penting yang tidak dapat dielakkan dan hal kecemasan,” jelasnya ketika dihubungi di sini.

Selain itu katanya, berikutan sambutan Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini, beliau turut menyeru agar setiap individu dapat mengawal diri masing-masing dan tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung bagi mengelakkan peningkatan kes positif Covid-19 ini.

Sehubungan dengan itu katanya, biarlah sambutan ini dirayakan di rumah masing-masing dan beliau turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua yang menyambutnya.-

 230 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.