Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pairin tidak bersungguh bantu KDM ketika era berkuasa – Datuk Peter

0

PAPAR (Sabah, Malaysia) – Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony berkata, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada era kerajaannya tidak bersungguh-sungguh untuk melakukan sesuatu perubahan kepada bangsa Kadazandusun dan Murut (KDM).

Peter menerima borang kemasukan parti Warisan dikalangan ahli-ahli BN di Kampung Kabang

Katanya, KDM telah memberi masa yang terlalu panjang kepada beliau (Pairin) untuk membangunkan bangsa itu tetapi beliau gagal dalam tanggungjawabnya mengakibatkan KDM kecewa dan menagih perubahan.

“Sebab itu saya berada di sini untuk berusaha bagi mendapatkan banyak perkara yang tertinggal bagi bangsa itu (KDM),” katanya kepada Borneo Digest ketika ditemui dalam satu majlis ceramah politik di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kabang malam tadi.

Peter yang merupakan Presiden KDM Malaysia mencabar Pairin yang juga Presiden Pertubuhan Kadazandusun dan Murut (KDCA) supaya membuat kenyataan ‘tidak pernah’ meluluskan Pas Residen yang kini dikenali  Pas Sementara Sabah (PSS) semasa berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah pada era beliau.

“Cuba PBS buat kenyataan kelulusan Pas Residen pada tahun 2015 itu ‘tipu’, ia dilaksanakan oleh beliau (Pairin) di bawah RCI Siasatan Diraja Mengenai Pendatang Tanpa Izin Sabah.

“Bukan kami masyarakat KDM tidak saying Huguan Siou (Pairin) tetapi kalau dia ikut sahaja kata BN (Mempolitikkan PSS), maka untuk apa kita pertahankan,”.

“Dalam era pemerintahan PBS terdahulu pun tidak ada yang dilakukan oleh Pairin mengenai masalah Pendatang Tanpa Izin (PTI) secara berkesan … bayangkan  sekiranya Pairin selama ini benar-benar jujur, ikhlas dan komited untuk membantu masyarakat KDM, sudah tentu banyak masalah ketika ini idak timbul, tetapi ini tidak dilakukan,”

“Bila tidak berada dalam kerajaan, macam-macam tohmahan dilakukan, saya percaya KDM sudah muak, tidak akan menyokong Pairin,” katanyanya kepada Wartawan ketika ditemui usat Daerah Mengundi (PDM) Kabang, lewat petang pada Sabtu.

Peter yang merupakan Naib Presiden parti Warisan Sabah berkata, isu perlaksanaan PSS yang menjadi bahan kempen utama pembangkang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis hanya boeh diakhiri oleh Pairin sebagai Huguan Siou (Pemimpin Agung KDM).

 PSS atau Pas Sementara Sabah diperkenalkan oleh kerajaan  Datuk Seri Shafie Afdal sebagai dokumen berpusat bagi IMM13, Burung-Burung serta Sijil Banci.

Peter berkata Pas Residen dan PSS mempunyai konsep yang sama tetapi sebagaimana yang dicadangkan pada era kerajaan terdahulu.

“Pas Resden (PS) boleh mengelirukan sebab kalau di Jepun dan Australia lebih kurang PR (Pemastautin Tetap), tetapi menerusi PSS, Pendatang Tanpa Izin (PTI) tidak boleh memohon jadi warganegara,” katanya.

Peter yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah memberitahu bahawa seramai 136,055 warga asing meliputi 51,645 pemegang dokumen IMM13, 36,892 didaftarkan dibawah senerai Burung-Burung dan 47,518 dibawah Sijil Banci.

 219 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.