Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita Upko Libaran sambut baik noktahkan kemiskinan tegar

0

SANDAKAN (Sabah, Malaysia): Pergerakan Wanita UPKO Libaran menyambut baik perancangan pihak Kerajaan Persekutuan dalam usaha menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara, terutamanya di daerah-daerah di Sabah.

Ketuanya Rusianah Lampong memberitahu pergerakannya telah menyusun beberapa program turun padang untuk memberikan penerangan kepada akar umbi berkenaan dasar-dasar Kerajaan Perpaduan dan kemudahan yang wujud untuk membantu usahawan dan koperasi.

“Kami telah diberikan mandat oleh Presiden parti (Upko) Datuk Ewon Benedick untuk mengenalpasti dan membantu usahawan wanita dan koprator yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan mereka di Sabah”.

“Selain daripada pendidikan formal, kaum wanita juga mempunyai ruang untuk mendapatkan kemahiran tertentu dan membuat perniagaan kecil dalam usaha membantu menambah pendapatan keluarga dan seteruanya keluar daripada kepompongan kemiskinan,” kata Rusianah  ketika ditemui selepas mempngerusi mesyuarat pergerakan itu di sini.

Rusinah berkata, Wanita Upko Libaran mengambil ketetapan untuk memperkukuhkan pergerakan tersebut menjelang pilihan raya negeri yang dijangka akan diadakan pada tahun hadapan.

Kepada soalan yang berkaitan, Rusnih berkata Ketua Bahagian UPKO Libaran, Dr Peter Jr Naintin menekankan sasaran kepada pergerakan itu untuk memartabatkan 100 orang Wanita di seluruh Libaran untuk dijadikan usahawan angkat dan penubuhan koperasi wanita.”

Pergerakan itu di  Libaran  akan berusaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan menyediakan sekurang-kurangnya 100 bakul makanan untuk diagih-agihkan kepada ibu tunggal, warga emas, orang kurang upaya dan fakir miskin di kawasan Libaran menjelang Bulan Ramadan tahun ini.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.