PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick pada khamis lalu mengadakan kunjungan ke Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS), Jabatan Perdana Menteri.
Beliau seterusnya diberikan taklimat mengenai hal ehwal Sabah terkait pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) oleh Setiausaha Bahagian Datuk Toisin Gantor.
Sesi taklimat itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Halim Hamzah dan Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Makhzan Mahyuddin.
Perdana Menteri melantik Ewon untuk membantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof berkenaan dengan hal ehwal Sabah termasuk MA63, ekoran rombakan cabinet baru-baru ini.
Ewon turut mencadangkan pada taklimat itu agar BHESS juga boleh dikembangkan menjadi penyelaras kepada program-program khas ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak.