TENOM (Sabah, Malaysia): Sehingga jam 9.30 malam hari ini (19 Disember 2019), Sepuluh Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di kawasan Kemabong dan Melalap bagi menempatkan seramai 979 mangsa banjir daripada 276 keluarga di sini.
Penolong Penguasa Jabatan Bomba Dan Penyelamat Tenom Mohd Zainal Sinsian ketika dihubungi memberitahu, paras air di kedua-dua kawasan naik menyebabkan kawasan kampung-kampung yang terlibat ditengelami air berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu sejak beberpa hari yang lalu.
Banjir di Kemabong dan Tenom dalam kawasan Parlimen Tenom adalah yang terbaru selepas Membakut Sabah.
Zainal berkata antara PPS yang dibuka iaitu termasuk Maugus bagi menempatkan seramai (263), Gumisi Ulu (31), Gumisi Laut (64), Labut 2 (84), Lalandang (28), Angalor (10), Labut 1 (118), Pantugan Saga (37), Ponontomon (246) dan Mandalom (98).
Katanya, pihak bomba bersedia untuk membuat pemantauan serta pemindahan sekiranya diperlukan di kawasan yang terjejas dengan banjir.
Di Beaufort, Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Selagon dibuka semula kira-kira jam 6.15 petang hari ini yang menempatkan empat mangsa daripada sebuah keluarga.
Sehingga berita ini ditulisparas air Sungai Padas dan Membakut meningkat ke paras bahaya.