Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anifah tidak tanding PRK Kimanis, tanding PRU-15.

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): “Ini merupakan saat sedih bagi saya untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (Parlimen Kimanis). Bagaimanapun saya akan bertanding di Kimanis pada PRU15,”  – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu dalam satu kenyataan hari ini (19 Disember 2019).

ANIFAH AMAN

Kenyataan Anifah itu merujuk kekecewaannya terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia apa yang beliau sifatkan menjadi mangsa kepada ketidakcekapan dan kecuaian badan itu mengendalikan perjalanan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Kimanis pada PRU-14.

Dalam kenyataan itu, Anifah berkata bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya  (SPR) bagi ganti rugi berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa suruhanjaya itu telah melanggar undang-undang pilihan raya pada PRU-14 yang lalu.

Kegagalan SPR untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepadanya, telah mencetuskan spekulasi bahawa beliau telah menghianati mandat rakyat.

“Walaupun saya tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, saya menerima pemuktamadan proses mahkamah diberikan kepada saya,” Jelasnya dan menambah sepanjang penggalnya sebagai Wakil Rakyat Parlimen Kimanis, beliau telah berusaha melakukan yang terbaik untuk membawa pembangunan kepada penduduk di kawasan itu tanpa pilih kasih.

Anifah berkata, bahawa beliau percaya kecuaian Suruhanjaya Pilihan raya telah menyusahkan rakyat Kimanis dan telah membelanjakan wang pembayar cukai secara tidak bijak.

Bekas Menteri Luar Malaysia itu menjadi Ahli Parlimen Kimanis sejak tahun 2004.

Pada 2 Disember lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi Parlimen Kimanis pada PRU-14, sekaligus memberi laluan satu lagi pilihan raya kecil diadakan pada 18 Januari 2020.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.