Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gadis KDM Keningau juara peragaan pakaian dunia

0

KUALA LUMPUR (Malaysia): Selepas diiktiraf sebagai  The World’s Top Ten Most Potential Star Model Award dan The World Top Ten Most Photogenic Modal Award di Hunan China, sekali lagi Farah Ann Beaty, 14, melakar sejarah di peringkat  dunia apabila menjuarai Miss Pree Teen Malaysia dan Miss Pre Teen Asia 2019 melalui peragaan pakaian.

FARAH ANN BEATY

Farah yang mewakili Malaysia ke pertandingan paling berperstij itu menewaskan 57 peserta daripada 25 negara yang diadakan di Ching Mai Thailand.

Pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Ken Hwa Keningau itu merupakan anak bungsu daripada seramai lima beradik pasangan Peter Beaty dengan Annie Thien.

Pertandingan yang dianjurkan setiap tahun itu digarap oleh sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai  Prince & Princes International bagi mengcungkil bakat-bakat baharu dikalangan pelbagai lapisan kanak-kanak dan remaja di seluruh dunia dalam bidang seni dan peragaan.

Kemenangan di Chiang Mai Thailand melengkapkan kejayaan ketiga bagi gadis Kadazandusun dan Murut (KDM) yang berasal dari Keningau itu.

Miss Pre Teen Malaysia / Asia 2019

Beberapa  tahun lalu Farah merangkul pingat emas di pertandingan nyanyian kanak-kanak dalam Bahasa Cina, yang melayakkan beliau dianugerahkan sebagai ‘New Star Malaysia.

Bakat seni Farah mendapat perhatian diperingkat antarabangsa melalui pertandingan-pertandingan yang disertainya melalui anjuran Shou Sing Zong Ko (SFSC) dari China dan National Kids Talent Search (NKTS) yang menerbangkan gadis KDM pertama itu ke pertandingan yang disiarkan secara langsung oleh The China Hunan Satellite TV.

Seluruh rakyat Malaysia mengucapkan tahniah diatas kejayaan Farah Ann, dan menyifatkan kejayaan gadis KDM itu di peringkat dunia sebagai satu kemanjadian pelajar yang perlu dicontohi oleh generasi baru Malaysia.

 981 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.