Oleh DG HENRY dan EKOK AMIN

KETUA Menteri juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Haji Noor melancarkan parti Kesejahteraan Demokratik Sabah (KDM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 13 Mac depan.
Keberadaan Hajiji melancarkan parti pimpinan Datuk Peter Anthony itu merupakan password bagi KDM sebagai sebahagian kompenan kerajaan negeri Sabah.
“KDM kini parti pemerintah bersama parti parti lain dalam gabungan GRS .. kita hanya menunggu masa untuk formalitinya,” Gabungan Anak-Anak Peribumi Sabah (Peribumi) memberitahu The Borneo Digest.
“Pelancaran ini sangat bersejarah kerana disaksikan di SICC,” Ketua Penerangan KDM Dr. Oswal @ Aisat Ellik Bin Igau memberi reaksi positif ketika dihubungi.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) terletak di Tanjung Lipat, Jalan Tun Fuad Stephen 88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia.
“YAB Ketua Menteri Sabah tiba di SICC dalam jam 12.30 tengahari,” Umum Timbalan Presiden KDM Datuk Juil Nuatim kepada The Borneo Digest.
Kesemua ketua-ketua parti dalam gabungan GRS telah mengesahkan kehadiran ke majlis bersejarah itu.
“Kita menjemput seramai 1200 orang daripada wakil-wakil bahagian dengan terma pematuhan SOP (prosedur operasi standard),”.
“… kami memohon maaf keran tidak dapat memenuhi permintaan ramai orang,” Juil menambah bahawa pihaknya akan mengadakan jerayawara atau jelajah untuk menemui rakyat sebaik semuanya selesai di peringkat atasan.
Juil merupakan pengerusi perlaksana sambutan.
![]()