WAKIL Rakyat Tulid Flovia Ng terus menabur bakti dan meningkat amal kebajikan kepada rakyatnya di kawasan.
“Adalah menjadi tanggungjawa saya untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga, sekurang-kurangnya meringankan serba sedikit bebanan yang mereka hadapi,” katanya.
“kita terus berperanan mengatur dan melaksanakan agenda kebajikan untuk rakyat tanpa mengira fahaman politik,” katanya.
Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Kebajikan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berkata demikian ketika ditemui di Kg. Magatang dalam rangka kerja harian menyantuni rakyat di bawah jagaannya.
Di kampung itu Flovia menghulurkan sumbangan kewangan kepada warga emas di situ, selain menziarahi Zurina Binti Abu Bakar yang sedang ujur.
Beliau turut menyantuni Lakutim Gundolot dan Sambuah Masanggal, warga emas yang juga sedang ujur.

“Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul .. saya menyelami situasi mereka,” katanya dan memberitahu untuk mengusulkan masalah itu kepada agensi berkaitan untuk memberi bantuan susulan kepada pesakit-pesakit tersebut.
Flovia mengharapkan sumbangan seadanya yang beliau sampaikan dapat membantu meringankan serba sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh keluarga.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip, Penyelia Masyarakat Narisin Petrus dan Pemaju Mukim Minawo Samuel Yamorong mengiringi Flovia dalam lawatan itu.
Sebelum itu di Kg. Kiulu Baru (Mukim Tulid) Flovia menyampaikan sumbangan ehsan kepada keluarga Gimpin yang berkabung diatas pemergian isterinya, Gimpinmandiang Kihing Bin Gumpu.
![]()