Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Jokowi benarkan nama pelabuhan Pontianak ditukar

0

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) memberikan keizinan jika pemerintah daerah setempat ingin mengubah nama Pelabuhan Pontianak di Kabupaten Mempawah, Kalimantan Barat.

Lapor Kompas.com, Jokowi berkata, sebarang perubahan perlu menghantar permohonan rasmi kepada Kerajaan Pusat.

Jelasnya, lokasi itu merupakan pelabuhan terbesar di Kalimantan.

“Dengan perasmian ini, saya berharap dapat meningkatkan persaingan produk yang dihasilkan di wilayah Kalimantan Barat.

“Ini kerana, kawasan ini mempunyai kekuatan minyak kelapa sawit mentah, aluminium, bauksit dan produk lain,” katanya.

Menurut Jokowi, pembinaan terminal dan pelabuhan itu menelan belanja sebanyak 2.9 trilion rupiah (RM869 juta).

Jelasnya, pelaburan besar tersebut perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya dan daya saing diperkukuhkan.

“Saya juga mahu jalan dari pelabuhan ini ke Pontianak dilebarkan supaya matlamat dan sasaran memperkukuhkan daya saing tercapai,” jelasnya.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.