Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Flovia terus tabur bakti rakyat Tulid

0

WAKIL Rakyat Tulid Flovia Ng  terus menabur bakti dan meningkat amal kebajikan kepada rakyatnya di kawasan.

“Adalah menjadi tanggungjawa  saya untuk memastikan kebajikan rakyat terjaga, sekurang-kurangnya meringankan serba sedikit bebanan yang mereka hadapi,” katanya.

“kita terus berperanan mengatur dan melaksanakan agenda kebajikan untuk rakyat  tanpa mengira fahaman politik,” katanya.

Flovia yang merupakan Pembantu Menteri Pembangunan Kebajikan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Sabah berkata demikian ketika ditemui di Kg. Magatang dalam rangka kerja harian menyantuni rakyat di bawah jagaannya.

Di kampung itu Flovia menghulurkan sumbangan kewangan kepada warga emas di situ, selain menziarahi Zurina Binti Abu Bakar yang sedang ujur.

Beliau turut menyantuni Lakutim Gundolot dan Sambuah Masanggal, warga emas yang juga sedang ujur.

JPKK Kg. Kiulu Baru bagi pihak Flovia menyampaikan sumbangan ehsan kepda keluarga Abel

“Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul .. saya menyelami situasi mereka,” katanya dan memberitahu untuk mengusulkan masalah itu kepada agensi berkaitan untuk memberi bantuan susulan kepada pesakit-pesakit tersebut.

Flovia mengharapkan sumbangan seadanya yang beliau sampaikan dapat membantu  meringankan serba sedikit bebanan yang sedang ditanggung oleh keluarga.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tulid Casmir Silip, Penyelia Masyarakat Narisin Petrus dan Pemaju Mukim Minawo Samuel Yamorong mengiringi Flovia dalam lawatan itu.

Sebelum itu di Kg. Kiulu Baru (Mukim Tulid) Flovia menyampaikan sumbangan ehsan kepada  keluarga Gimpin yang berkabung diatas pemergian isterinya, Gimpinmandiang Kihing Bin Gumpu.

 284 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.