KUCHING (Malaysia): Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dipilih sebagai Ketua Menteri yang keenam bagi negeri Sarawak, menurut sumber rapat media.
Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu akan mengangkat sumpah jawatan di Astana Negeri pada petang Jumaat (13 Jan 2017), bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.
Pada pilihanraya lalu, Abang Johari mengekalkan kerusi Satok dengan majority 5045 undi, sekali gus mengenepikan pencabar daripada PKR – Mohd. Salleh Shawkatali yang hanya meraih 1,809 undi.
Abang Johari memperolehi 6854 undi.