KUCHING (Malaysia): Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, antara ribuan menyertai Jemaah menunaikan solat jenazah Allahyarham Tan Sri Adenan Satem di Masjid Jamek Petra Jaya pada khamis (12 Jan 2017).
Pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia mengusung keranda ke dalam van jenazah kira-kira jam 1.25 tengah hari pada khamis (12 Jan 2017) untuk dibawa ke tanah perkuburan yang terletak ikira-kira dua kilometer dari masjid tersebut.
Orang ramai berada di sepanjang laluan bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyaraham.
Adenan atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan, 72, menjadi Ketua Menteri Sarawak hampir tiga tahun, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak Kota Samarahan.