Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Abdul Hakim serah sijil gerai ceria

0

Oleh JOHARY INDAN

KETUA Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU) Lahad Datu Abdul Hakim Gulam Hassan menyampaikan sijil kepada Suraya Salipun, seorang pemenang gerai paling ceria sempena Program Semarak ESSCOM bersama Warga mukim Silam di Sekolah Kebangsaan (SK) Silam Lahad Datu pada Sabtu.

Program Semarak anjuran  ESSCOM Itu membabitkab Mukim Silam terdiri Kampung Silam Lamak, Babur Rahmah, Bumiputera, Silam, Tempinau, Sri Aman dan Teluk Soaiun.

Program Semarak ESSCOM dirasmikan  Komander ESSCOM,Hamzah Ahmad.

Hamzah berkata, ESSCOM memilih  Mukim Silam sebagai lokasi program Itu kerana kawasan berkenaan agak signifiikan kepada isu-isu keselamatan.

Program Semarak ESSCOM bukan diserikan  sambutan majlis rumah terbuka hari raya, malahan diisikan program  taklimat keselamatan kepada penduduk di Mukim Silam.

Hamzah berkata, dengan adanya kerjasama masyarakat Mukim Silam sudah tentu lebih memudahkan maklumat berkaitan isu keselamatan disalurkan kepada ESSCOM.

Menurut Hamzah, Lahad Datu bukanlah asing bagi beliau memandangkan beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Lahad Datu dari 2014 hingga 2018.

Beliau berharap dengan kehadirannya sebagai Komander ESSCOM, masyarakat Lahad Datu dapat bersama-sama  menjaga keselamatan kawasan Pantai timur Sabah.

Turut hadir Pegawai Eksekutif ESSCON, Dr Jamaludin Mohd Ali.

Program Semarak ESSCOM dimeriahkan dengan pertandingan gerai ceria dan pertandingan nyanyian lagu hari raya.

Kampung Silam diumumkan sebagai johan dalam pertandingan Gerai Ceria, kampung Silam Lamak tempat kedua dan Kampung Sri Aman tempat ketiga.

Dalam pertandingan Nyanyi lagu Hari Raya,johan disandang oleh kampung Silam ,kampung Babur Rahmah tempat kedua dan tempat ketiga kampung Sri Aman.

Lebih 500 orang menghadiri Program Semarak ESSCOM tersebut.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.