Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

TABS hantar dua pasukan sertai kejohanan B10 anjur Sabah FC

0
Pemain-pemain B10 TABS menjalani latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan itu.

Oleh DG HENRY

TABS SAFA Bandaraya akan menghantar dua pasukan untuk menyertai Kejohanan Bola Sepak Bawah Umur 10 Tahun anjuran Sabah FC di Stadium Likas pada 29 Mei ini.

Timbalan Pengerusinya, Lokman Sunggim berkata, TABS menyediakan dua pasukan untuk kejohanan tersebut setelah mendapat jemputan dari kelab berkenaan.

Katanya, kedua-dua pasukan kanak-kanak itu sudah pun dipilih dan pemain-pemainnya akan menjalani latihan beberapa hari sebelum kejohanan itu.

“Jurulatih yang diberi tanggungjawab membimbing kategori umur B10 menyenaraikan 16 pemain untuk setiap pasukan dan ini bermakna seramai 32 pemain dijangka terlibat melakukan persiapan itu,” katanya ketika ditemui selepas sesi latihan TABS di padang SUKMA pagi tadi.

Menurut beliau, ketua jurulatih, Matasan Ahmad dan penolongnya, Roslan Wasli telah pun menugaskan jurulatih yang sesuai untuk mengendalikan persediaan kedua-dua pasukan.

Beliau berharap kedua-dua pasukan tersebut akan melakukan yang terbaik dalam kejohanan itu yang diadakan sempena sambutan hari akar umbi (grassroots day) kelab tersebut.

“Sudah tentu kedua-dua pasukan itu mampu memberi cabaran kepada pasukan lain dalam kejohanan berkenaan,” katanya.

Lokman memberitahu, TABS juga akan mengambil bahagian dalam beberapa kategori umur dalam Liga Suparimau dan Piala Borneo dijadual diadakan di sini awal bulan depan.

 

 

 843 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.