Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Parti Buruh Australia isytihar menang pilihan raya

0

SYDNEY: Calon pembangkang dari Parti Buruh, Anthony Albenese bakal mengambil alih pentadbiran Australia selepas meyakini kemenangan dalam Pilihan Raya Umum negara itu, semalam.

Pemimpin berusia 59 tahun itu turut menjanjikan pembaharuan dalam kepemimpinan bagi menjadikan negara lebih adil dan hijau.

Dengan hampir dua pertiga undi sudah dikira, Parti Buruh kini mendahului dengan 73 kerusi meskipun belum memperoleh majoriti 76 kerusi.

“Rakyat Australia sudah mengundi untuk melakukan perubahan. Saya sangat bersyukur dengan kemenangan ini.

“Saya rasa rakyat sudah muak dengan perpecahan dan mahu bersatu sebagai sebuah negara,” katanya.

Parti Buruh bakal mencipta kejutan selepas sembilan tahun menjadi pembangkang sekali gus menewaskan parti Konservatif yang memerintah hampir sedekad.

Perdana Menteri, Scott Morrison hanya berjaya memenangi 51 kerusi setakat ini.

Beliau turut mengaku kalah semalam walaupun undian masih berjalan.

Suruhanjaya Pilihan Raya Australia memaklumkan parti yang bertanding memerlukan majoriti 76 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti.

Pilihan raya sebelum ini menyaksikan gabungan Konservatif mendapat 76 kerusi, manakala, parti Buruh hanya memperoleh 68 dengan baki tujuh lagi dimenangi parti minoriti dan calon Bebas.

Sebanyak 76 kerusi Senat turut dipertandingkan dalam pilihan raya itu.-AFP

 

 

 

 

 266 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.