Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Adenan Berjaya kikis budaya benci BN di Sarawak — Zahid

0

KUCHING (Sarawak, Malaysia): — Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, faktor ‘wow’ yang dilontarkan oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kepada pengundi dengan 53 transformasi berjaya mengubah minda dan persepsi pengundi Barisan Nasional (BN) di negeri itu.02052016 - zahid hamidi

Katanya, ia juga mengikis budaya kebencian segelintir pengundi negeri itu terhadap Barisan Nasional.

“Pembangkang telah menanam budaya kebencian itu dalam kalangan sebahagian pengundi di kawasan Bandar semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke – 10 pada tahun 2011,” katanya dan memberitahu yang beliau terlibat dalam pilihanraya pada ketika itu dan melihat situasi yang berbeza daripada sekarang.

“Kini, ia sudah berbeza apabila Tan Sri Adenan mengambil alih, dan budaya itu (kebencian) sedikit sebanyak dipinggirkan berikutan kerja-kerja baik dan pendekatan yang diambil Adenan, bukan sahaja di bandar tetapi juga luar Bandar,” katanya kepada pengamal media ketika diminta untuk mengulas perjalanan kempen pada Pilihan Raya ke – 11 ini.

Sebelum itu Timbalan Perdana Menteri itu mengadakan pertemuan kira-kira 800 pegawai dan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) di Batu Kawa, — Oleh: DG HENRY.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.