Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Nabawan wujudkan sebuah mukim baru — DO

0

NABAWAN (Sabah, Malaysia): Daerah Nabawan telah memutuskan untuk  megwujudkan sebuah mukim baru untuk mentadbir seramai 2,270 penduduk yang tinggal dikampung-kampung terpencil dan berjauhan.fredian bersama pemimpin (1)

“Ia merangkumi 11 buah kampung,” jelas Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat persempedanan mukim itu.

Gan berkata, satu mesyuarat pembentukan mukim baharu telah diadakan di Kg. Layon pada 29 April lepas yang beliau sendiri menghadirinya serta pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan terlibat.

Sebelum ini 11 buah kampong berkenaan diletakkan dibawah pentadbiran Mukim Pamuntarian, namun Gan berkata pentadbir daerah menghadapi kesukaran untuk menyelaras pembangunan di kawasan itu disebabkan kampung-kampung tersebut berada di lokasi berjauhan diantara satu.

“Maka memikirkan keadaan itu pihak pentadbir daerah mencadangkan kewajaran untuk mengwujudkan sebuah lagi mukim,” katanya dan menambah, 11 kampung tersebut diletakkan di mukim baru yang dikenali sebagai Mukim Tatalaan.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Nabawan – Jubilin Kilan itu, dihadiri oleh Ketua Daerah Nabawan OKK Sayau Tangkap, Ketua Anak Negeri (KAN) Mukim Pamuntarian, Deckson Andipai, KAN Mukim Sepulut Louis Palanok serta Wakil-Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua-Ketua Kampung, Pengerusi-Pengerusi JKKK yang terlibat.

Pegawai Daerah itu memberitahu bahawa mesyuarat itu turut memutuskan bahawa Kg. Pangaraan yang pada sebelum ini termasuk dalam Mukim Pensiangan diletakkan dibawah pentadbiran Mukim Tatalaan.

Katanya, rasional pengwujudan mukim baru ialah bagi memudahkan pentadbiran JKKK dan Mahkamah Anak Negeri (MAN).

“Ia memendekkan masa urusan,” katanya. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

 

 676 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.