Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Amaran serangan pengganas, PDRM jamin keselamatan terkawal

0

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan bahawa tahap keselamatan negara masih terkawal.

Perkara itu dimaklumkan selepas Kedutaan Jepun di Malaysia mengeluarkan amaran kepada rakyatnya berhubung kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa negara di Asia Tenggara.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, berdasarkan situasi semasa, pihaknya memberi jaminan bahawa keselamatan dan ketenteraman negara adalah terkawal.

“Kita tidak mengesan atau menerima sebarang maklumat terkini mengenai apa-a-a bentuk ancaman keselamatan.

“Orang ramai diminta untuk tidak gusar dan tidak membuat sebarang spekulasi kerana kta akan memastikan negara kekal berada pada tahan selamat.

“Pemantauan juga akan ditingkat bagi menjamin kesejahteraan rakyat,” katanya.

Dalam pada itu, Acryl Sani berkata, pihaknya juga akan memantau senario keselamatan semasa.

Tambahnya, tindakan tegas akan diambil jika terdapat mana-mana pihak yang cuba menganggu gugat ketenteraman awam dan keharmonian negara. -SM

 207 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.