Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sekeluarga dipanah petir di Pakistan, 14 maut

0

SEKURANG-kurangnya 14 orang maut dan tiga lagi cedera apabila dua rumah di barat laut Pakistan dipanah petir.

Menurut pihak berkuasa, kejadian itu berlaku di Toghar, kawasan pergunungan Khyber Pakhtunkhwa selepas hujan lebat dan runtuh menyebabkan malapetaka sejak Rabu lalu.

“Sekurang-kurangnya 14 orang dari keluarga besar yang sama maut selepas dua rumah bersebelahan dipanah petir,” kata jurucakap wilayah, Kamran Bangash kepada AFP.

Jelas beliau, mangsa yang maut termasuk lima kanak-kanak dan empat wanita.

Dilaporkan, musim hujan yang biasanya bermula dari Jun hingga September adalah penting untuk tanaman dan menambah bekalan air di seluruh benua India.

Dalam kejadian serupa yang berlaku pada November 2019, kira-kira 18 orang maut akibat dipanah petir di padang pasir Thar Pakistan. – AFP

 

 167 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.