Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Angka korban Turkiye-Syria lebih 36,000 Orang

0

ISTANBUL: Pasukan penyelamat dilaporkan terus mengeluarkan mangsa-mangsa yang terselamat dari runtuhan di Turkiye dan Syria.

Lapor Al Jazeera, ketika ini, jumlah kematian akibat gempa bumi kuat sejak minggu lalu mencecah 36,000 orang.

Gempa bumi itu membunuh sekurang-kurangnya 31,643 orang di Turkiye dan 4,614 orang di Syria.

Dilaporkan Presiden Syria, Bashar al-Assad bersetuju membenarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghantar bantuan ke Syria melalui dua lagi lintasan sempadan dari Turkiye selama tiga bulan.

Ketua Bantuan PBB, Martin Griffiths memberitahu, keputusan itu dicapai menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan PBB dengan Bashar secara tertutup.

Griffiths berkata, usaha menyelamat akan berakhir dan dunia setakat ini mengecam PBB kerana dikatakan mengecewakan penduduk di barat laut Syria.

Terdahulu, PBB berkata, sehingga kini, 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi.

Malah, hampir 900,000 orang sangat memerlukan makanan panas di Turkiye dan Syria.

Di Syria, bantuan dari wilayah yang dikuasai kerajaan akan ditahan jika ke wilayah yang dikawal pemberontak iaitu kumpulan bersenjata Hay’et Tahrir al-Sham, menurut PBB.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.