PAPAR (Sabah, Malaysia): Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Dr. Daud Yusof berkata, kerajaan Warisan pimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shfie Afdal sentiasa komited dalam usaha membela rakyat di negeri ini tanpa pilih kasih.
Katanya, kerajaan hari ini sangat berbeza dengan kerajaan terdahulu dimana semua rakyat diberi layanan yang setara.
“Ini adalah keistimewahan kerajaan Warisan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Kerja_kerja Pembersihan Tanah Untuk Tapak Pembinaan Projek Bersepadu Merangkumi Loji Penjanaan Tenaga Elektrik Solar, Bandar (HUB) Digital, Integrasi Eco Pertanian Pintar, Hospital, Taman Perumahan, Pusat Data dan Lain-Lain di Mukim Bongawan di sini, hari ini.
Pemilik projek tersebut ialah Liberal Eden Sendirian Berhad dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Sabah.
Dr. Daud berkata, banyak projek pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Shafie dalam empoh dua tahun memegang tampuk kerajaan ini.
Menjawab satu soalan, Dr. Daud berkata bahawa beliau akan bekerja dengan sepenuh untuk rakyat di kawasannya, serta menjalankan tugas sebagai Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah bagi membantu untuk meningkatkan taraf hidup petani di negeri ini.
“Banyak tugasan untuk rakyat yang perlu kita buat dan tunaikan,” katanya dan menambah, kerajaan Warisan mempunyai perancangan yang terbaik untuk rakyat di negeri ini.