Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Apa dosa kami kepada kerajaan – Penduduk

ISU AIR SONDUKUT

0

SOOK (Sabah, Malaysia) – Beratus-ratus penduduk Kampung Sondukut mungkin sangat bertuah kerana masing-masing memiliki beberapa bidang tanah, namun kelebihan itu bagi mereka tidak membawa sebarang makna selagi mana penduduk bergantung sepenuhnya terhadap hujan serta perigi buatan untuk mendapatkan sumber air untuk pelbagai kegunaan harian.

Penduduk guna takungan air tercemar ini untuk pelbagai keperluan harian

2020 masuk tahun ke 40 bagi penduduk di kampung itu bersandar kepada air tidak terawat untuk meneruskan kehidupan dan dikhuatiri terdedah kepada pelbagai penyakit.

Kajian yang dilakukan oleh seorang ahli sains Evans CA (Teribuntimur.com) mendapati sekurang-kurangnya 1,362 jenis bakteria bawaan hujan yang bersifat airbone yang mengakibatkan penyakit demam selesma, batuk, penurunan daya tahan badan, gangguan sendi dan tulang.

Kampung Sondukut wujud sejak akhir tahun 70an yang didomanasi oleh kaum petani dikalangan Kadazandusun dan Murut (KDM).

The Borneo Digest yang menemui penduduk di kampung itu mendapati rata-rata mereka membina perigi buatan hanya berfungsi ketika musim tengkujuh, selain   tangki pelbagai versi sebagai catuan air hujan.

Beberapa penduduk yang ditemui memberitahu bahawa mereka telah berbelanja puluhan ribu ringgit sepanjang tempoh 40 tahun untuk membeli air berbayar atau air mineral untuk minum.

Perigi buatan ini hanya dipenuhi air selepas hujan

“Penduduk yang kurang bernasib baik terpaksa menggunakan air hujan atau pergigi untuk kegunaan harian,” jelas seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Rudy Albert.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony pada Khamis (24 Jan 2020)  di Kampung Mandalom Tenom dipetik sebagai memberitahu bahawa sasaran kementeriannya ialah untuk memastikan rakyat di negeri ini perlu dibekalkan dengan air terawat.

Pengumuman Peter itu disambut baik oleh rata-rata penduduk Kampung Sondukut dan meletakkan harapan yang tinggi bahawa mereka adalah sebahagian daripada penerima kemudahan itu dalam tempoh terdekat.

Penduduk kampung yang terbahagi kepada Sondukut dan Sondukut Simpang Tomboilik hak mereka dinafikan oleh kerajaan terdahulu apabila dilangkau daripada pengagihan penyaluran bekalan air bersih.

Mereka berkata, saluran utama bekalan dari tadahan Agudon hanya dibina sehingga Kampung Suan, sementara saluran utama dari tadahan Sook sehingga ke Kampung Barasanon.

“Penduduk keliru dan tidak tahu apa kesalahan kami kepada kerajaan,” demikian rungutan penduduk.

 

 

 1,042 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.