Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Peter hulur bantuan mangsa kebakaran di Monsok Tambunan

0

TAMBUNAN (Sabah, Malaysia) – Sekeluarga mangsa kebakaran rumah di Kampung Monsok Ulu dekat sini akan diberi bantuan rumah dengan segera melalui program bantuan rumah (PBR).

Peter bersama rombongan semasa meninjau rumah Julius yang musnah dalam kebakaran.

Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony berkata, keluarga Julius Stephen Apak yang kehilangan tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran baru-baru ini akan diberi bantuan rumah secepat mungkin.

“Kita akan pastikan rumah untuk keluarga ini dibina dengan segera untuk keselesaan mereka” katanya ketika ditemui selepas melawat keluarga mangsa dan meninjau rumah yang terbakar itu pada Isnin.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Melalap berkata, selain bantuan rumah, keluarga Julius juga diberi bantuan kewangan bagi meringankan beban mereka yang kehilangan segala-galanya.

Julius bersama isterinya Junita Magansal dan lima orang anak tinggal sehelai akibat kebakaran yang berlaku pada 10 Januari lepas.

Kini mereka tinggal sementara di bangunan balai raya lama Kg. Monsok Ulu.

Pada masa yang sama Peter meluluskan peruntukan pembinaan jambatan konkrit menyeberangi sungai  Monsok ke kampung itu.

Walau bagaimanapun Peter tidak menyatakan jumlah peruntukan pembinaan jambatan itu.

Ranap…. beginilah keadaan rumah keluarga Julius yang musnah dalam kebakaran itu

Menurut beliau, peruntukan pembinaan itu tidaklah  begitu tinggi kerana sungai tersebut tidaklah begitu besar.

“Saya arahkan Jabatan Kerja Raya (JKR)untuk membuat pemeriksaan dan menanggar peruntukannya supaya peruntukan dapat disalurkan segera” jelas Peter.

Selain itu katanya, jalan sejauh tiga kilometer ke kampung itu akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

Peter turut meluluskan penyelanggaraan bangunan balai raya dan pembinaan tandas awam Kampung Monsok Tengah.

Turut sama dalam lawatan itu, Pegawai Daerah Tambunan Jumain Abdul Ghani, Pemimpin Pembangunan Masyarakat PPM DUN Tambunan Basal Datuk Bullah, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

 575 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.