Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Arsenal kukuhkan cengkaman pendahulu EPL

0

LONDON: Ketenangan yang dipamerkan Arsenal membolehkan mereka bangkit daripada ketinggalan 0-1 untuk menumpaskan West Ham 3-1 di Emirates, awal pagi tadi sekali gus mengukuhkan kedudukan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan tujuh mata.

Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli mengubah rentak permainan Gunners hanya lima minit selepas separuh masa kedua bersambung sebelum Eddie Nketiah menyempurnakan gol ketiga untuk memberi tiga mata berharga.

Skuad Hammers mengejutkan Arsenal apabila mendahulu pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti Said Benrahma.

“Kami menunjukkan ketenangan dan tidak  panik. Pemain melakukan apa yang perlu untuk mendapatkan kemenangan.

“Kami menjaringkan gol pada masa yang tepat dan penonton juga luar biasa pada saat kami dibolosi. Mereka terus percaya. Apabila kami menjaringkan gol ia menjadi kuat dan kami menjana momentum yang diperlukan,” kata pengurus Arsenal, Mikel Arteta.

Arteta tidak menurunkan bintangnya yang beraksi di Qatar, William Saliba kerana dia baru kembali lapan hari selepas menjadi sebahagian skuad Perancis yang tewas menerusi penentuan penalti kepada Argentina.

Manchester City boleh kembali merapatkan jurang dan memintas Newcastle yang melonjak ke tangga kedua sekiranya menewaskan Leeds esok. – AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.