Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Inter Miami ikat bekas pemain Spurs

0

MIAMI, Amerika Syarikat: Inter Miami mengumumkan kehadiran bekas pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Sergio Reguilon yang menandatangani kontrak semalam.

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 28 tahun itu menandatangani kontrak bersama juara baharu Piala MLS hingga Disember 2027, dengan pilihan lanjutan setahun hingga Disember 2028.

Reguilon dijangka mengisi posisi pertahanan kiri yang ditinggalkan Jordi Alba, yang mengumumkan persaraan selepas membantu kelab itu melalui kempen pascamusim yang cemerlang.

“Ia projek yang amat bercita-cita tinggi, kelab yang mahu menang dan melakukan perkara dengan cara betul dan itulah yang menarik minat saya. Saya datang ke sini untuk terus menang dan bersaing,” kata Reguilon.

“Matlamat saya adalah untuk terus menang, memburu piala yang masih belum kami miliki dan memenangi segala-galanya di sini,” katanya.

Reguilon adalah produk akademi Real Madrid dan sudah merekod lebih 260 penampilan profesional bersama kelab di Sepanyol serta England.

Dia memenangi Piala Dunia Kelab FIFA bersama Real Madrid pada 2018, Liga Europa bersama Sevilla pada musim 2019-20 dan sekali lagi bersama Tottenham pada musim 2024-25. – REUTERS

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.