Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Asrama SK Tongod terbakar

0

SANDAKAN (Sabah, Malaysia): 61 murid kehilangan tempat tinggal selepas asrama desa SK Pekan Tongod ranap dalam satu kebakaran kira-kira jam 6 petang pada Isnin (9 Jan 2017).

Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan tetapi usaha memadam sukar dilakukan disebabkan jarak lokasi kejadian dengan Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan terlalu jauh.

SK Pekan Tongod terletak kira-kira 163 kilometer dari pusat pentadbiran Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan.

Rentey Fred dalam satu kenyataan memberitahu, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira jam 6.37 petang dan tiba di lokasi kebakaran pada jam 8.53.

“Blok bangunan asrama desa musnah terbakar dan api berjaya dikawal kira-kira jam 9.33 malam,” jelas komander operasi balai itu.

Anggaran kerugian dan punca kejadian sedang dalam siasatan, sementara kesemua murid sekolah itu ditempatkan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod.

 1,343 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.