Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Polis Keningau cipta sejarah tangani jenayah — Datuk Sairin

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Polis Keningau mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mengilhamkan kaedah pencegahan jenayah terkini yang dikenali Keep Keningau Safe (KKS), yang merupakan yang pertama seumpamanya di Negara ini.

   “Saya mengkagumi ilham ini,” puji Datuk Sairin Karno dengan merujuk Ketua Polis Daerah Keningau DSP Ahmad Jawila, mencipta sesuatu yang membolehkankan warga Keningau berlapang dada.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Sabah itu berkata, komitmen dan didikasi ketua polis daerah itu dalam merencanakan inisiatif pencegahan jenayah melalui program KKS perlu disokong oleh semua pihak bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah itu.

“Salah satu usaha dalam agenda pelan tranformasi kerajaan adalah melalui Kementerian Dalam Negeri menyasarkan bidang kerberhasilan nasional dengan menurunkan kadar jenayah dan mengurangkan perasaan “fear of crime” dikalangan masyarakat” katanya ketika menyampaikan ucapan pelancaran Malam Gemilang Onsoi Band dan Pelancaran “Keep Keningau Safe” Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau di salah sebuah hotel terkemuka di sini lewat petang pada Ahad (8 Jan 2017).

Wakil Rakyat N. 34 Liawan itu memberitahu bahawa sehingga hari ini pelan transformasi kerajaan GTP 3.0 telah memasuki fasa ketiga.

Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya telah sedaya upaya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tema Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada.

“Sepanjang tempoh ini pelbagai usaha telah dibuat sama ada bersifat proaktif dan juga holistik telah diterapkan,” jelasnya dan menekankan, Sebagai sebuah agensi penguatkuasa yang unggul dan utama di daerah itu, PDRM Keningau telah menerajui dan merangka pelbagai usaha bagi meneruskan serta menambahbaik perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya pasti dengan berbekalkan  pengalaman yang dimiliki oleh DSP Ketua Polis Keningau serta didikasinya jitu, program KKS akan menjadi satu ikon keselamatan di daerah ini serta daerah-daerah dibawah pentadbiran IPD Keningau” katanya.

Sairin memberitahu, pengwujudan program KKS  merupakan satu inisiatif dan strategi yang komited untuk memerangi jenayah yang perlu disokong sepenuhnya oleh masyarakat di daerah itu.

Ini katanya, kerana KKS adalah satu program dimana usaha memerangi dan mencegah jenayah akan dilakukan bersama-sama dengan masyarakat mengikut sektor.

“Saya difahamkan penugasan ini akan dilaksanakan oleh lima orang pegawai kanan dalam setiap sektor bukan sahaja sebagai mata kepada perlaku jenayah tetapi sebagai telinga yang mendengar masalah dan keluhan masyarakat” tambahnya.

Jelasnya, usaha yang akan dilaksanakan oleh Ketua Polis Daerah itu selaras dengan bidang keberhasilan negara yang menerangkan usaha pihak polis melalui “Formation Of Dedicated Team”.

Menurutnya, masyarakat bukan sahaja merasakan diri mereka dilindungi tetapi program ini menjadikan PDRM IPD Keningau sebagai “Guardian Of The Citizen”.

Selain itu katanya, peranan Skim Rondaan Sukarela (SRS) Rukun Tetangga adalah satu usaha masyarakat mendekati PDRM dalam membantu pencegahan jenayah.

Ketika menyampaikan ucapan pendulu, Ketua Polis Keningau DSP Ahmad Jawila berkata, program KKS yang beliau ilhamkan sebaik sahaja menerajui IPD Keningau adalah bagi memastikan daerah ini dan sekitarnya selamat disamping mencegah dan mengurangkan jenayah.

Katanya, KKS juga mengambilkira peningkatan kententeraman awam kesejahteraan masyarakat di daerah ini.

Selain pelancaran KKS IPD Keningau majlis pada malam itu turut meraikan kumpulan Onsoi Band yang menjuarai pertandingan kugiran IPK Sabah baru-baru ini dan kenaikan pangkat Ketua Bahagian Pengurusan IPD Keningan daripada ASP kepada DSP.

Hadir sama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Kawasan Liawan Sahanif Jamil, Ketua Daerah Keningau OKK Amir Datuk Arif, pegawai-pegawai kanan IPD Keningau, wakil-wakil jabatan negeri dan persekutuan serta pemimpin-pemimpin masyarakat setempat. — KALAWON SALANGIT.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.