Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SPRM keluarkan waran tangkap penyelia pusat hiburan

0

LABUAN (Wilayah Persekutuan, Malaysia): Penyelia pusat hiburan – Kenny Chong, 62, yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) pada tahun 2014, hampir pasti berhadapan dengan situasi getir apabila waran tangkap keatasnya dikeluarkan Oleh Mahkamah Khas Rasuah pada Selasa (10 Jan 2017), selepas didapati gagal menghadirikan diri untuk menjawab satu soalan tuduhan rasuah.

Chong didakwa cuba memberi suapan kepada seorang pegawai polis pada tahun 2014, sebagai imbuhan agar membebaskan tiga orang wanita yang disyaki bekerja secara haram sebagai pelayan pelanggan di sebuah pusat hiburan di pulau bebas cukai itu.

SPRM membebaskan Chong dengan ikat jamin setelah dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan, tetapi kemudian menghilangkan diri.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun serta denda tidak lebih lima kali ganda nilai suapan yang diterima atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Hakim Abu Bakar Mamat mengeluarkan waran tangkap itu.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.