Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Athur serah bantuan pelajar Sabah UPSI

COVID 19

0
Athur berbual dengansalah seorang pelajar UPSI

ATAS  keprihatinan terhadap dugaan yang dihadapi oleh masyarakat ketika ini, Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad telah tampil menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan harian kepada hampir 500 orang pelajar di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) melalui Persatuan Ikatan Sejati Anak Sabah (IKSAS).

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Timbalan Menteri (Ekonomi) di Jabatan Perdana Menteri Arthur Joseph Kurup.

Arthur berkata, sumbangan yang disampaikan oleh pihak koperasi ini sedikit sebanyak akan dapat membantu meringankan beban para pelajar yang menghadapi kesukaran untuk keluar bagi mendapatkan barangan keperluan mereka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan.

“Saya menyeru agar lebih banyak lagi koperasi-koperasi lain dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk tampil membantu pihak-pihak yang memerlukan perhatian segera seperti para pelajar di UPSI ini.

Walaupun Perdana Menteri telah mengumumkan Pakej Ransangan Ekonomi semalam tetapi dalam keadaan kritikal ini, semua pihak harus berganding bahu bersama-sama pihak Kerajaan dalam memastikan tiada pihak yang tercicir dalam menerima bantuan.’’ katanya.

Pada masa sama Arthur memuji kecekapan pengurusan Universiti yang begitu prihatin dengan pelajarnya yang terkesan dengan penguatkuasaan PKP.

Hadir sama dalam penyampaian sumbangan tersebut ialah Puan Su Li Koid (Pegawai Eksekutif Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Berhad), Dr. Hajah Zainab Othman (Pendaftar UPSI), Mohamad Najib Mohamed (Bendahari UPSI), Dr. Che Ghani Che Kop dan Dr. Rosliah Kiting.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.