KENINGAU (Sabah, Malaysia): Umno mendapat ahli baru dengan penyertaan seramai 48 orang di Kg. Muhibbah, membuktikan parti yang menunjangi kerajaan Barisan Nasional (BN) masih menjadi pilihan rakyat.
Borang penyertaan itu disampaikan oleh Ketua Umno Cawangan Kg. Muhibbah – Yelesi Yusak kepada Datuk Sairin Hj. Karno yang merupakan Ketua Umno Bahagian P 180 Keningau di sini pada ahad lepas.
Awal bulan Oktober seramai 120 orang menyertai parti itu melalui Cawangan Kg. Kali, dan dijangkakan keahlian parti itu di Keningau semakin bertambah pada setiap hari.
Sairin yang ditemui selepas majlis itu memberitahu, penyertaan rakyat ke parti itu menunjukkan Umno yang pimpinan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak masih relevan dan diterima sepenuhnya oleh rakyat berketurunan KDM di Sabah.