Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bapa tembak mati tiga anak dalam gereja

0

SEORANG lelaki menembak mati tiga anaknya sebelum membunuh diri di dalam sebuah gereja di sini.

Polis memaklumkan, ada seorang lagi individu turut terkorban dalam insiden itu, namun tidak dapat dipastikan jika dia mempunyai kaitan dengan keluarga terbabit.

Rod Grassmann dari Pejabat Sherif Daerah Sacramento memaklumkan, ketiga-tiga kanak-kanak yang maut itu dianggarkan berusia bawah 15 tahun.

“Pada pukul 5.07 petang (waktu tempatan), kami menerima panggilan berlaku satu insiden tembakan di dalam sebuah gereja.

“Di lokasi kejadian, kami menemukan seorang lelaki dewasa menembak mati ketiga-tiga anaknya sebelum dia membunuh diri.

“Siasatan awal mendapati ada individu kelima turut maut dalam insiden itu, namun polis tidak dapat memastikan jika dia mempunyai kaitan dengan keluarga tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, polis tidak mengesyaki ada pihak lain terlibat dalam insiden tembakan yang berlaku di Gereja Sacramento.

Grassmann menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan domestik.

Dalam pada itu, Gabenor California, Gavin Newsom menzahirkan kesedihan terhadap insiden yang berlaku.

“Satu lagi insiden tembakan yang tidak sepatutnya berlaku di Amerika dan kali ini melibatkan kanak-kanak yang tidak berdosa.

“Kami amat sedih dengan insiden yang berlaku. Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan ini,” katanya menerusi Twitter. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.