Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bekalan air alternatif untuk penduduk terpencil Kemabong

0
Jamawi (empat kiri) bersama Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Malaysia Datuk Azis Jaman di majlis sambutan Tahun Baru Cina Kemabong

TENOM (Sabah, Malaysia) — Bekalan air alternatif perlu bagi kampung-kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Kemabong yang belum mendapat akses bekalan dari Jabatan Air.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kemabong Jamawi Jaafar berkata, ini amat penting bagi membolehkan penduduk mendapat bekalan air sementara menunggu akses daripada Jabatan Air.

Justeru itu Jamawi meminta pihak-pihak yang mempunyai kepakaran dalam pembinaan bekalan air bawah tanah tampil membantu memikirkan bagaimana melaksanakan proses sistem bekalan air tersebut.

Jamawi berkata demikian semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina Peringkat DUN Kemabong di perkarangan SRJK Yuk Syn di sini.

Perasmian sambutan Tahun Baru itu disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman.

Jelasnya, di kawasan DUN Kemabong yang diwakilinya masih terdapat beberapa kampung yang belum mendapat akses bekalan air yang perlu diambil perhatian.

Selain daripada itu katanya, terdapat juga beberapa kampung yang mengalami gangguan bekakan air akibat kerosakan saluran yang disebabkan banjir penghujung tahun lepas.

Jamawi dalam ucapannya turut memaklumkan bahawa, MESEJ tanaman durian “musang king” akan diwujudkan di kawasan DUN Kemabong melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Beliau berkata, Menterinya Datuk Ewon Benedick akan melawat kawasan ini minggu hadapan untuk tujuan ini.

Jamawi berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan ini beliau akan memastikan kemudahan asas seperti bekalan elekrtik, air bersih termasuk infrastruktur dapat dinikmati oleh seluruh penduduk di setiap kampung.

 368 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.