Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

lesen senjata api dikaji mengikut kesesuaian – Azis

0

TENOM (Sabah, Malaysia) — Pembaharuan pemilikan dan permohonan baharu senjata api akan dikaji mengikut kesesuaian kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN)Datuk Mohd Azis Jamman.

Katanya, seperti yang telah dinyatakan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador, pemilikan senjata api yang  dilesenkan untuk keperluan memburu perlu dikaji semula.

Azi (empat dari kiri) bersama Jamawi (dua kiri), Norita (empat kiri) mengabadikan gambar kenangan selepas perasmian sambutan Tahun Baru Cina Kemabong

Menurut Mohd Azis dalam kenyataan Ketua Polis Negara itu pemilikan senjata api yang dilesenkan sebagai keperluan memburu binatang buruan kini tidak lagi relevan kerana ia mendatang kepupusan haiwan terutama haiwan yang dilindungi bagi jangka masa panjang seperti gajah pygmy dan haiwan-haiwan lain yang dilindungi.

“Sejak kebelakangan ini kegiatan memburu semakin berleluasa di negeri ini telah menyebabkan kematian banyak gajah pygmy di kawasan yang dilindungi” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina peringkat kawasan Dewan Undangan Negeri ((DUN)Kemabong di perkarangan SRJK Yuk Shin Batu Lapan dekat sini.

Mohd Azis berkata, inilah sebabnya pemilikan senjata api yang dilesenkan untuk memburu perlu dikaji kerana ia ada kaitan dengan perlindungan haiwan.

“Walau bagaimanapun, jika permohonan senjata api itu untuk menjaga tanaman atau kebun daripada haiwan perosak, kita akan tengok dan pertimbangkan permohonan individu. Tetapi ia harus melalui tapisan” jelasnya.

Terdahulu dalam ucapannya Mohd Azis meminta supaya masyarakat berbilang kaum dan kerpercayaan di negeri ini mengekalkan perpaduan dan keharmonian yang sedia terjalin.

Tegasnya, elakkan budaya ekstrim yang dibawa oleh pihak dari luar yang boleh menganggu gugat keharmonian masyarakat berbilang kaum dan kepercayaan di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun negeri ini mempunyai masyarakat lebih daripada 30 etnik namun masih hidup harmoni sehingga kini.

Hadir sama pada majlis yang diserikan dengan persembahan tarian singa dan acara hiburan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kemabong Jamawi Jaafar, Ahli Parlimen Tenom Puan Noorita Sual, Setiausaha Politik Menteri Pembangunan Infrastruktur Jack Jatil, Pegawai Daerah Tenom Sungkim Rumangun, ketua-ketua jabatan, Ketua-Ketua Masyarakat Cina dan pemimpin-masyarakat.

 491 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.