Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tolak budaya tidak sihat dari Semenanjung – Azis

0

TENOM (Sabah, Malaysia) – Rakyat Sabah perlu menolak sebarang budaya yang tidak sihat dari Semenanjung, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Azis Jaman.

Memetik insiden mengoyak gambar pemimpin ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis baru-baru ini, Azis berkata, perbuatan itu (mengoyak gambar pemimpin) merupakan salah satu tanda-tanda bahawa ada pihak sedang menyemai budaya yang boleh memecahbelakan perpaduan rakyat di negeri ini. 

“Sebenarnya perbuatan seperti itu (mengoyak gambar pemimpin)  tidak berlaku di Sabah .. orang-orang Sabah tidak pernah bertindak seperti itu sekali pun mereka berbeza fahaman politik,”

“Tetapi mereka (anak-anak muda dari Semenanjung) membawa budaya yang tidak sihat itu (mengoyak gambar pemimpin) .. aksi mereka ditonton oleh anak-anak Sabah dan ia budaya yang perlu ditolak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Perayaan tahun Baru Cina peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong di sini.

Sambutan yang dihadiri kira-kira 1000 orang pelbagai etnik di perkrangan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Syn Kemabong itu turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar, Ahli Dewan Rakyat Tenom Norita Sual serta pemimpin-pemimpin setempat.

Aziz berkata insiden berunsur ektrim yang mengaitkan anak-anak muda dari Semenanjung sepanjang PRK Kimanis, boleh menjadi ikutan dn contoh yang tidak baik kepada anak-anak muda Sabah jika tidak dibendung dengan segera.

Di Sabah tambah Azis, perbezaan fahaman politik bukan penghalang bagi rakyat di negeri itu untuk bersatu.

“Pembangkang yang ada hari ini semua kawan-kawan, boleh minum bersama, duduk semeja .. tidak ada masalah .. sebab itu saya tegaskan bahawa orang-orang Sabah jauh lebih matang,”

“Ini adalah hakikat yang tidak boleh kita sembunyikan dan harus diakui,” katanya.

Aziz yang merupakan Ahi  Dewan Rakyat Sepangar turut memetik bahawa kematangan dalam soal memperkasakan perpaduan turut menjadi keutamaan  rakyat Sabah, sekalipun mereka hidup dalam kepelbagaian etnik, anutan agama, budaya dan falsafah politik.

“Kita lihat apa yang berlaku hari ini, perayaan Tahun Baru Cina dihadiri oleh bukan sahaja dikalangan kaum Tionghua, tetapi bangsa-bangsa yang lain seperti Dusun, Murut dan bangsa-bangsa yang lain turut hadir untuk bersama-sama meraikan sambutan ini,”

“Ini tidak berlaku di lain-lain tempat dan kita seharusnya berbangga kerana menjadi rakyat Sabah,” katanya.

Kepada stu soalan, Azis berkata, rakyat Sabah perlu menjauhi aktiviti berunsur ekstrim apa yang beliau sifatkan tidak memberi sebarang menafaat sama ada kepada rakyat juga kepada negeri.

 

 

 315 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.