Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bekas pegawai polis kelahiran Muar menang pilihan raya Australia

0

PERTH: Seorang bekas pegawai polis Malaysia yang pernah menjadi pelatih ikan lumba-lumba, memenangi kerusi Parlimen Tangney di Perth.

Sam Lim, yang dilahirkan di Muar, Johor dan juga anak sulung daripada lapan beradik, menewaskan Ben Morton dari parti Liberal dengan margin 9.5 peratus dalam keputusan yang dianggap mustahil berlaku di barat Australia.

Sam membuat kejutan dengan menyingkirkan orang kuat bekas Perdana Menteri, Scott Morrison, daripada kerusinya di Tangney, di pinggir bandar pedalaman Perth.

Morton memenangi kerusi itu dengan margin 9.5 peratus pada 2019 dan sebagai pembantu menteri kepada perdana menteri, beliau merupakan seorang teman rapat dan ‘orang kuat’ Morrison.

Lim sebelum ini pernah berkhidmat selama dua tahun sebagai pegawai polis di Malaysia sebelum berhenti dan menjadi pelatih ikan lumba-lumba di sebuah taman rekreasi di Johor.

Taman itu kemudiannya ditutup menyebabkan dia menceburi perniagaan kecil sehingga mampu berhijrah ke Australia bersama isteri dan tiga anaknya pada 2002 dan menyertai Akademi Polis Australia Barat pada 2006.

Lim dianugerahkan Pegawai Polis Terbaik pada 2020 kerana peranannya dalam kalangan masyarakat berbilang kaum ketika pandemik COVID-19. – AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.