Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bekas pelajar cuba rogol pelajar 16 tahun diburu polis

0

MIRI (Sarawak, Malaysia): Dua bekas pelajar sekolah menengah di Miri sedang diburu polis untuk membantu siasatan kes cubaan merogol seorang pelajar tingkatan empat berusia 16 tahun, yang patah kaki dalam usaha menyelamatkan diri.

Remaja itu patah kaki kerana melompat dari kereta yang ditumpangi bersama dengan dua lelaki lain kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.

“Semasa kejadian hanya ada dua suspek dan mangsa di dalam kereta”, dedah Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat dalam satu kenyataan kepada media.

Khoo berkata ketika dalam perjalanan, seorang daripad suspek yang duduk bersama dengan mangsa di bahagian bahagian belakang mula menganggu.

Menyedari dirinya terancam, mangsa membuat pilihan untuk terjun dari kereta yang sedang bergerak mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan.
Kedua-dua suspek kemudiannya menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan sebelum menghilangkan diri.

Doktor mengesahkan mangsa mengalami patah tulng kaki kiri dan terdapat calar di kedua-dua belah tangan.

Ibu mangsa yang berumur 37 tahun telah dimaklumkan mengenai kejadian itu serta kecederaan anaknya dan sejerus selepas itu membuat laporan polis.

 270 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.