KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Dua orang polis berpangkat sub-inspektor dan sarjan di Sandakan dicekup Suruhanjaua Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira jam 5 petang pada selasa (10 Jan 2015) kerana didakwa menerima rasuah daripada seorang buruh berumur 34 tahun.
Operasi perangkap yang dibuat di Kampung Bahagia, Batu Sapi Sandakan itu Berjaya memberkas kedua-dua suspek yang berumur 50 tahun.
Pengarah SPRM Sabah Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap memberitahu dalam satu kenyataan bahawa suspek dicekup kerana menerima RM5,000 daripada pengadu (buruh) yang membuat aduan kepada SPRM Sandakan.
Menurut fakta aduan, pada 9 Jan (Isnin) kira-kira jam 11 pagi di kawasan Bandar Sandakan, beliau telah berjumpa suspek yang kemudiannya meminta wang sebanyak RM5,000 sebagai balasan menyelesaikan satu kes pergaduhan melibatkan pengadu yang berlaku pada 8 Jan 2017 (Ahad).
Saharom Nizam memberitahu kedua-dua suspek dihantar ke lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan dan percakapan kedua mereka berhubung kes itu akan dirakam pada 11 Jan 2017 (hari ini – Rabu).
Setakat berita ini ditulis tidak ada reman dicadangkan ke atas kedua-dua suspek.