
PERSATUAN Bekas Pesera Angkatan Tentera (PVATM) Cawangan Keningau (Sabah, Malaysia) mangsa kebakaran rumah di Kg. Luanti sambil menghulurkan bantuan.
“Misi kami ialah memberi sokongan kepada mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan harta benda,” jelas Pinus Nain @ Valentine kepada The Borneo Digest, di sini pada Sabtu.
Pinus merupakan Ketua Cawangan PVATM Keningau, menyerahkan bantuan persatuan itu kepada pemilik rumah, Larry Parantis.
Awal bulan ini tujuh sekeluarga kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.29 malam pada 30 November 2021.
Sepasukan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bersama dua jentera dan sebuah tangki air dikerahkan ke lokasi kejadian sejauh 20 kilometer.
“Sebaik tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal berukuran 40×30 kaki persegi yang terbakar 90 peratus,” katanya dalam kenyataan media.
Operasi pemadaman dengan satu aliran 200 kaki dua pancutan menggunakan sumber air dari jentera dan sumber air terbuka (sungai).
Operasi pemadaman terkawal kira-kira jam 10.47 malam dan tamat sepenuhnya pada jam 11.05 malam. – Oleh: EKOK AMIN
872 total views, 1 views today