Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

PBRS buka pintu kepada PCS

0

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) membuka pintu kepada bekas beberapa pemimpin Parti Cinta Sabah (PCS) yang mengambil keputusan berpaling tadah daripada parti asal mereka.

“Saya selaku Presiden PBRS ingin mempelawa kesemua mereka (bekas ahli PCS) untuk menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) untuk bersama dalam usaha menyatupadukan dan memajukan rakyat khususnya semua lapisan generasi kaum Kadazan, Dusun dan Murut,”.

“Parti PBRS merupakan satu-satunya parti tempatan dalam komponen Barisan Nasional .. kami yakin dan percaya bahawa dalam BN kita akan terus maju ke hadapan ke arah kemakmuran serta kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya dalam satu kenyataan kepada media di Keningau pada Sabtu.

Beberapa hari lalu Parti Cinta Sabah (PCS) pimpinan mantan Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Anifa Aman mengistiharkan keluar daripada parti itu.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Ewon Ebin yang juga Naib Presiden PCS memberita media dalam satu kenyataan, keputusan itu dibuat selepas aktiviti parti itu seolah-olah terhenti, selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya negeri September 2020.

Beliau yang mengetuai gerakan itu berkata, mereka mendapat tekanan daripada ahli-ahli parti dan penyokong akar umbi yang ingin mengetahui hala tuju parti tersebut. – Oleh: DG HENRY

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.