Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

DSP Nor Rafidah Kasim ‘Iron Lady’ PDRM Sabah

Wanita pertama dalam PDRM Sabah dilantik Ketua Polis Daerah

0
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah (DCP) Datuk Jauteh Dikun mengabadikan gambar kenangan selepas menyaksikan Majlis Serah, Terima Tugas Ketua Polis Keningau diantara SUP Shahrudin Mat Husain dengan DSP Nor Rafidah Kasim

“SAYA pecaya kepada rezeki” – reaksi pertama Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim kpada The Borneo Digest beberapa minit sebaik mengambil tugas sebagai Ketua Polis Daerah Keningau pada Jumaat.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah (DCP) Datuk Jauteh Dikun memakaikan pangkat DSP kepada Ketua Polis Daerah Keningau Nor Rafidah Kasim

Anak kelahiran Tawau Sabah (Malaysia) itu melakar sejarah sebagai wanita pertama di negeri Bawah Bayu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah, dan keempat dalam hierarki pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Malaysia.

“Saya percaya kepada rezeki .. semua polis harus percaya kepada rezeki .. kali ini rezeki berpihak kepada saya,”.

“Insyaalah pada masa hadapan akan lebih ramai lagi pegawai wanita menjawat jawatan yang lebih tinggi dalam PDRM,”.

“Perlantikan saya satu pencapaian untuk anak jati Sabah,” katanya.

Nor Rafidah merakamkan ucapan terima kasih kepada Ketua Polis Negara (KPN) serta seluruh pucuk pimpinan PDRM Malaysia yang memberi peluang kepada beliau untuk menjawat jawatan tersebut.

“Perlantikan ini adalah peghargaan tertinggi kepada seluruh kaum wanita,” jelasnya dan berkongsi pengalaman kepada seluruh anggota polis di negara ini bahawa kepercayaan kepada nilai integriti, displin aras tinggi serta ikhlas ketika mengalas tugas merupakan kunci kejayaan seorang pasukan beruniform.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata dalam satu ucapan Serah, Terima Tugas Ketua Polis Keningau, perlantikan Nor Rafidah sebagai Ketua Polis Daerah merupakan satu catatan sejarah dalam dunia kopolisian.

“Seluruh warga polis berbangga dengan pencapaian Nor Rafidah ini,” Jelas Jauteh.

Nor Rafidah merupakan Pegawai Turus D11 – Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Daerah Keningau – Oleh: DG HENRY dan EKOK AMIN

 1,635 total views,  4 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.